Thursday, January 19, 2012

Jangan biarkan aku jauh dariMU

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Wednesday, January 18, 2012

Perkenankanla ia Ya Allah

Salurkan fitrah kami ini ke jalan yang di redhai & diberkati oleh MU ya Rabb...

Tuesday, January 10, 2012

Kuatlah kamu wahai jiwa..


Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk) akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.


   source

Monday, January 9, 2012

Begin With The End In Mind.. PART 1

Syahida Abu Bakar... 

Why must SAVING as ur habit?

  1. Hajj
  2. Vacation
  3. House preparation
  4. Emergency
  5. To produce asset
  6. Investment
supplementary ...
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.

Fasa 1 bermula..

Sunday, January 8, 2012

2012


RESOLUSI

  1. Pembentukan diri yang MUSLIMAH
  2. Membina PLATFORM kewangan yang sehat
  3. Menjadikan SAVING sebagai habit utama
  4. APPRECIATE, more and more
  5. More 3R Rilex, RESPECT & Respons

Moge segalanya dipermudahkan oleh NYA

Muhasabah diri

Mungkinkan perangai kita seperti orang yang kita tidak suka?...

Tuesday, December 6, 2011



“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.” 

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim

(Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)


   [source]

Monday, December 5, 2011

Berjuangla..hingga ke akhirnya


Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah walaupun aku kehilangan cinta manusia tetapi aku telah memperoleh cinta sejatiku,cintaku pada-Mu,kasih sayangku kepada-Mu mampu membawaku ke syurga kenapa perlu aku merebut kasih sayang manusia,.


Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."


Maka benarlah janji Allah kepada hambaNya, setiap sesuatu itu adalah ketentuan-Nya dan Allah lebih Maha Mengetahui tiap sesuatu itu.


Ujian dalam kehidupan ini telah mendidik saya erti kesabaran dan ketabahan, mematangkan diri saya, meletakkan cinta kepada Allah s.w.t di tempat pertama dalam hati saya dan saya amat yakin dengan pertolongan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung.

Monday, November 28, 2011

Thursday, November 3, 2011



Kasih sayang-Mu Tuhan 
Itu yang ku dambakan 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Tuesday, November 1, 2011

Yakin...


"Bahagia itu ada dihati. Bahagia itu ada di dalam jiwa. 
Carilah kebahagiaan di hati sanubari dan kebersihan jiwa. 
Keakraban dengan ALLAH SWT akan lebih menjamin kebahagiaan dan ketenteraman dibandingkan keakraban dengan kehidupan dunia dan harta benda."

...Ya Allah kurniakanlah kebahagiaan yang hakiki buat ku, keluargaku, sahabat2ku dan keturunanku, serta kaum muslimin dan muslimat..amin

Rasulullah SAW melalui sabdanya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

...Ya Allah kurniakanlah kami nikmat yang Engkau anugerahkan kepada orang-orang yang soleh dan Engkau kasihi...amin 




arini tak dapat dengar slot imam muda asyraf kat IKIM..hurmm..ulangan pas maghrib nanti, tajuk arini Dengki.. dapat ke dengar ek? hurmm kalau Allah izinkan dengar, mesti ade rezki nye.. kalau tak, dua2 pon bersebab..YAKIN..!!~

Thursday, October 20, 2011

Tarbiyah

Hendaklah bercakap yang baik atau diam saja... [source]

Mampu? [sila positif ;)]

inilah kehidupan, tiada yang lain selain berjuang..
berjuang untuk baik @ jahat


Wednesday, October 19, 2011

Gunakan lidah sebaik mungkin

Assalamualaikum

Tarbiyah hati di pagi hari....

Stop talking bout other people. like we're all soo perfect 
(leh ke ni?..uhuhuhu)

Sunday, October 16, 2011

the way u look is paradigma

Morning blog...

i need to write 
i need to 'document' my thinking
i need to share benefits that i earn
i need to polish my 'story telling'
i need..



to





WORK...!!!

come on syida, jom kerja..las week dah satu minggu tak masuk opis.. karang2 je la polish..huhu..

las but not least aku cume nak cakap

" aku benci sangat ko, 
  sampai mati janganlah Ya Allah 
  Engkau ketemu aku dengan die 
  atau yang sama waktu dengan die"
  walaupun aku tau die sekadar medium ujian & dugaan pada aku 

Tuesday, September 13, 2011

Aduhai Syahida

Bertaubatlah dengan memuhasabahkan diri, memperhatikanlah cela dalam dirimu
Ayuh bersihkan dan cari jalan untuk memperbaikinya.
Apa kiranya lah hidup ini
Tanpa perjuangan mencari redha Allah.

Ya Rahman, kurniakan kami taufik dan hidayahMU
Yang memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di dalam Genggaman-Nyalah segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kurniakan kami Ya Allah
Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan,
Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Amin

Wednesday, September 7, 2011

Fitnah


Allah SWT telah memperingatkan kita mengenai fitnah syaitan. 
Fitnah adalah ujian dan cubaan, jika kita berjaya maka tidak akan terjadi kerosakan namun, kerosakan itu terjadi jika kita terjatuh kepada fitnah. 
Fitnah bukanlah buruk ataupun baik, namun, ia adalah ujian untuk mendatangkan kebaikan jika kamu berjaya menghadapinya. Akan tetapi, ia akan mendatangkan keburukan jika kamu gagal dalam menghadapinya.

Ya Allah, kurniakan lah kami ilmu dan kekuatanMu....

Sunday, August 21, 2011

Tiada apa yang dicipta sia-sia
&
Tiada apa yang berlaku secara tiba-tiba...

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia, yang suka memberi kemampunan, maka ampunilah kami..." amin..

Wednesday, August 3, 2011

" Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNya (Allah) jualah tempat kembali kami"
(Al-Baqarah : 156)

Sebenarnya kala ini aku terase amat stress, maka ayat di atas perlu lah disebut2 agar terserlah rasa kehambaan dan wujud la redha kepada Allah. aku marah niat kerana Allah, sebab perangai yang dia (perempuan tua) simpan itu buruk iaitu busuk hati. Ya Alllah, jauhkanlah aku dari berperangai seperti itu, dan semoge die akan sedar dengan perbuatan dia yang teruk itu. amin ya rabbalalamin. kurniaan aku ya Allah kekuatan dan ilmuMu dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini. 

Thursday, July 28, 2011

Subhanallah

Cinta  atas dasar cinta Allah. 
Bila timbul pergolakan. 
Kembali kepada Allah iaitu atas dasar tanggungjawab dan ibadah kepada Allah. 
Cinta akan bertaut kembali. 
Cinta akan mekar semula.




Semoga berolehnya suatu hari nanti..InsyaAllah..~