Monday, April 11, 2011

Hati Mereka Berkata....



”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”





Monday, April 4, 2011

SUATU PETANG

DALAM SEBUAH KERETA YANG CANGGIH MANGGIH...

Adik memandu kereta dan kakak berada di sebelah pemandu bersama anak-anak nya...

sedang memandu, muncul kereta yang tiada tatasusila di jalan raya...

pemandu iaitu si adik berkata......... "peeeh kete ni ..%$****%$#@#$%..."

si akak nya pon berkata:

" kita tak boleh mengubah orang lain, tapi kite boleh ubah diri kite....dalam satu ceramah di radio, seorang motivator mengatakan, kalau kita ubah diri kite, Allah akan ubah mereka-mereka di persekitaran kite...."


mudah-mudahan segala usaha diberkati NYA.... insyaALLAH...amin...



" Tuhan..aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin ya Allah, ilmuMu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebaliknya musibah ini... yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan.".......... genta rasa's book