Tuesday, September 13, 2011

Aduhai Syahida

Bertaubatlah dengan memuhasabahkan diri, memperhatikanlah cela dalam dirimu
Ayuh bersihkan dan cari jalan untuk memperbaikinya.
Apa kiranya lah hidup ini
Tanpa perjuangan mencari redha Allah.

Ya Rahman, kurniakan kami taufik dan hidayahMU
Yang memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di dalam Genggaman-Nyalah segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kurniakan kami Ya Allah
Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan,
Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Amin

Wednesday, September 7, 2011

Fitnah


Allah SWT telah memperingatkan kita mengenai fitnah syaitan. 
Fitnah adalah ujian dan cubaan, jika kita berjaya maka tidak akan terjadi kerosakan namun, kerosakan itu terjadi jika kita terjatuh kepada fitnah. 
Fitnah bukanlah buruk ataupun baik, namun, ia adalah ujian untuk mendatangkan kebaikan jika kamu berjaya menghadapinya. Akan tetapi, ia akan mendatangkan keburukan jika kamu gagal dalam menghadapinya.

Ya Allah, kurniakan lah kami ilmu dan kekuatanMu....