Saturday, March 14, 2009

Kereta.. satu keperluan atau tidak??


Salam blogger

Tak lama lagi aku akan mendaftar kerja di kolej komuniti jelebu (surat da dapat tadi)..tiada rakan yang dikenali lagi berada di sisi ku.. segala-galanya aku perlu uruskan sendiri.. tiada kuartes untuk aku pergi keje dengan berjalan kaki sahaja.. perlu cari rumah sewa.. tiada rakan untuk menumpang pergi keje..jadi aku perlu ada kereta sendiri..jadi adakah kereta satu keperluan buatku? maklumla bujang, kalau ade suami dah lame rembat kete suami jer.


Before this aku da badjet tak nak pakai kete setahun dua kerja,jadi tak pernah lagi fikir2kan pasal kereta..huu..menggelabah la nak uat pilihan.. ini lah padahnya tiada plan B..jom cek it out orang komen bile aku tanya pasal nak beli kereta ni..



-beli la kete vios,xyah fikir nk tukar kereta lagi
-beli saga jela,murah,tp nk stylish amek myvi
-myvi mahal compare to the size la
-fikir-fikirla nanti future husband nak pakai kete ape..discus dulu
-beli jela kete mahal, kan mampu




dalam hati...alaa nak beli honda city baru je, walaupun P baru nak hilang ujung tahun ni.. haha



hari ini Allah tunjukkan pada aku satu blog yang telah membuka sikit mata aku tentang kewangan, sebelum ni aku dah usha di hijrahwealth.com and beberapa laman lagi tapi tidak jelas, kene jumpe hajah rohani baru jelas..hehe..laman web pakdi.my..aku dah minta kebenaran untuk cedok banyak lagi input buat tatapan rakan2 blogger seperti ku, kerana aku rasa ia sedikit sebanyak sangat membantu.tunggula green light dulu.. but aku share sikit apa yang aku dapat dari situ..

..........apa yang perlu anda tahu sebelum beli kereta??

IT'S A LIABILITY..

Nilainya akan jatuh merudum sejurus selepas anda beli
Nilainya makin jatuh saban tahun
Anda menghabiskan 30%-40% daripada pendapatan bulanan anda untuk bayaran ansuran bulanan dan minyak dan tol.
Anda terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk kos servis, insurans dan sebagainya.


Azizi Ali cakap :
Sekiranya anda tidak mampu nak habiskan hutang kereta dalam masa 1 tahun, ia bermaksud anda tidak layak membeli kereta tersebut.huh?!?

other alternative :
-kereta keturunan (aku tak ade)
-second hand car (xpandai cari, tapi sedang mintak tolong seseorang yang arif)
-buy new car (tapi monthly payment mesti lebih rendah dari payment for yourself which is 30%x salary) - do side income bisnes to pay it..


tahu tak nape kita perlu pay ourselves up to 30% x salary...haa wait for next entries (kalau tak sabar gak juz log to pakdi.my=).. so i'm doing my istikharah to made the convincing choice..

last but not least..ni la kereta idaman,saje je beritahu. mane tau ade org nak bagi..muahaha..

acam? kete ni sesuai tak untuk aku yang kiut miut ni..ahakz..!!~

Guys,seriusly DO PLAN YOUR FINANCIAL WISELY AT THE BEGINNING..its for your own good ...feel free to give your opinion..

Friday, March 13, 2009

My words..

Salam blogger..
.
.
Macam yang dah dijanjikan kat entri sebelum ni, nk hapdate sikit gambo kapkek, sebabnya dah hapdate kt sini.
.
.
here there are
.
.
.

Tasha uat majlis untuk anak first die Muhammad Syakir Harith...
Semoge syakir membesar dengan sihat dan sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah..Amin..~
.
.
.
more picture of kapkek here..xdela more sangat..hehe

Thursday, March 12, 2009

Time to clean the dust on blog..~

inilah manusia, bila tak dapat apa yang dingini mula la nak memberontak, bila dah diberi tak reti nak bersyukur..adeh..penantian selama 8 bulan 23 hari (kalau mengandung,dah smp due) akhirnya bertemu di penghujungnya,keputusan 'posting' dah pun diketahui.. aku dapat mengajar di kolej komuniti jelebu, tapi surat offer belum sampai di tangan,hanya kabar yang didengari dari staff kpt melalui telefon.. hurmm..nak teka perasaan aku tak?..takde perasaan.. bile dah tau, terus sebarkan dekat member-member dan terus layan kapkek..perasaan sepatutnya ialah excited..huhu.. sekarang ni, adik beradik aku yang excited, pasal rumah sewa, pengangkutan and so on..banyak mende nak fikir sebenarnya, tapi buat masa ni tak terujalagi,bile kene ketuk baru gerak..hee..

>> syahida, berperasaan la sikit nak bekerja ni..

minggu lepas busy sangat dekat kapkek,mujur ade jamu ngn honey apple3 yang membantu memberikan tenaga..alhamdulillah.. kalau tak betul2 memang jatuh sakit, contoh macam geng kapkek aku a.k.a ma sister..yang paling lega sangat ialah satu customer yang request fondant kapkek tuk hantaran,fuh,almaklum first time..nervous gak tunggu respon dari customer..ahakz..akhirnya "cantik sangat,sayangnye nak makan"..alhamdulillah..tadi pun baru siapkan second outcome fondant kapkek..nnt aku upload gambarnye..dekat blog kapkek pun tak edit lagi..fuh..

>>keep on doing great job in everything u do...

cakap pasal honey apple3..setelah seminggu aku consume akhirnya..alhamdulillah..lawasnye nak membuang, badan jadi bertenaga,pengaliran darah ke tempat-tempat yang lesu mule baik,hingga ada yang menegur..hikhik..pinkish..mungkin dicampor dengan jamu yang diambil..so sape2 yang mengalami masalah membuang, u better use this honey apple, nak makan pn senang..work smooth beb..best!!.. cakap pasal supplemen macam ni kan,ade jugak yang respon negatif. Tapi bile renung-renungkan, dengan pemakanan yang tak seimbang,(menu seimbang, TAPI kuantiti tak seimbang) dan senaman ala-ala hangat tahi ayam dengan kehidupan yang asik bz memanjang, memang wajar la amek supplemen ni..its help..tapi carila yang working smooth, slow and steady...tapi exercise tu penting2..kalau malas nak keluar,exercise la kat dapor banyak2 macam aku..hehe..!~

>>baru seminggu, tinggal satu kotak je,cukup untuk beberapa hari je lagi..dah disapu oleh mereka2 yang teruja nak mencuba..huu..

takde masa lagi nak updatekan diri dengan berita-berita terbaru..wishing for free and fastest broadband in krubung..!!
dibo..d.d.d.dibo..im making a wish..hehe... (cerite katon kat channel 613, Dibo the gift dragon..hikhik)

Tuesday, March 3, 2009

Sharing is Caring..SIRI 2..PART 1

Salam blogger..

Sharing is caring datang lagik..!! for those yang nak maintain berat badan or nak turunkan berat badan..i have a solution for that.. Come from nature, mix purely nature then works soft and naturally to your body.. simple MADU+APPLE.. but it can...
.
.
.
.
.

-Memulihkan sistem dalaman badan manusia dengan memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah dan menguatkan tenaga dalaman.-Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak-Melawaskan usus besar dan kecil-Madu ini juga bertindak sebagai Anti-alergik,Anti-septik, Anti-anemia,Anti-ulcer-Merangsang pecah lemak-Menghalang penyerapan atau timbunan lemak-Meningkatkan metabolisme di bahagian tertentu badan-Melembapkan dan mengencangkan kulit-Mencegah selulit-Melangsingkan bonggol lemak yang tidak diinginkan di perut dan dibahagian tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha-Meredakan nyeri sendi & menurunkan risiko masalah jantung dan barah-Membantu kesihatan membran paru-paru-Membantu kesihatan tulang-Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah-Membantu mengekalkan berat badan-Menghilangkan stress dan membantu tidur yang lebih nyenyak..
.
.
.
.
.
wow..!! banyaknye khasiat.. aku dah beli 2 kotak, tak sabar nak cuba dengan geng kapak..hehe.. (emak ler tuh.. excited gile nak makan..hehe).. apa produk tu ye?..jeng..jeng..wait for our testimoni..

Monday, March 2, 2009

Bile motivasi mule menghilangkan diri..

Ape tu motivasi ek?

Menurut kate Dr HM Tuah, motivasi tu macam makanan ruji, contohnye nasi.
satu hari kalau aku tak makan nasi,tangan mesti menggeletar,lain macam.
Jadi macam tu la motivasi, kalau hilang macam2 bende bodoh boleh dilakukan.
Apa perlunye Motivasi ek? [banyak betul ek,maklumla duk johor 7tahun beb]
  • Nak bina daya tahan mental, especially dengan kehidupan yang begitu mencabar
  • Nak bina semangat yang luntur
  • Bahan wajib untuk kembalikan daya juang dan sifat futuristik

Boleh nk kata la manusia tanpa motivasi ibarat patung bernyawa dimana sekadar hidup tanpa sebarang keinginan untuk lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik dan istimewa.

Ituah yang tetibe melanda aku skang, huhu..so nk tingkatkan tahap gelombang aku ni selalunya:

  1. Refer to Allah- dugaan diberi sebab kadang2 kite jauh denganNYA
  2. Buat penilaian diri aku,DOSA-checked~confirm;cari jalan betulkan
  3. Tidur-jangan bagi serabut sangat
  4. Mandi-freshkan diri nkberfikir lagi
  5. Cek balik my goals~ short and long term- more focus
  6. Cari orang2 yang optimistik untuk dibawa berborak
  7. Do want I can do-keluar dari gelombang tak bagus

so far 5 out of 7 dah buat... so i hope with sharing wif u'all will give me a new way for release it.. (korang uat cane ek?)

Last but not least, pagi td pas subuh.tergerak intai blog afandiahamd.. talking about solat dhuha.. Banyak fadhilat nye... akak aku penah cite, ade opismate die ni selalu menang hadiah dalam peraduan, bukan kecik2 punye hadiah tau, kereta tu.. so die pun tanya la kt hamba ALLAH ni, u know wat she say: saya selalu istiqamah dalam solat dhuha.... dan ini aku jumpe dalam blog someone, lupe nk save blog die plak..

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup didalam kesenangan dan kemewahan. Justeru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

rezeki ni bukan duit dan makan saja.. doa yang dimakbulkan pon rezeki, begitu luas maksud rezeki ni...so rajin2 la kite, lagi2 for blogger yang sedang menganggur..pesanan untuk syahida juga...

jadikanlah kami hamba sangat sabar,sangat bersyukur kepadaMU dan sentiasa merasa diri ini kerdil~amin~