Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah walaupun aku kehilangan cinta manusia tetapi aku telah memperoleh cinta sejatiku,cintaku pada-Mu,kasih sayangku kepada-Mu mampu membawaku ke syurga kenapa perlu aku merebut kasih sayang manusia,.
Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."
Maka benarlah janji Allah kepada hambaNya, setiap sesuatu itu adalah ketentuan-Nya dan Allah lebih Maha Mengetahui tiap sesuatu itu.
Ujian dalam kehidupan ini telah mendidik saya erti kesabaran dan ketabahan, mematangkan diri saya, meletakkan cinta kepada Allah s.w.t di tempat pertama dalam hati saya dan saya amat yakin dengan pertolongan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung.