Wednesday, April 29, 2009

skilled and teoried ....

salam blogger..
Lame da hapdate entries.. teringat topik yang dibualkan semalam .. about pengajian yang kiteorg amek dulu time degree.. aku and the geng studied kejuruteraan dulu, otak kami di 'train' dengan lambakan teori-teori kejuruteraan yang kadang2 langsung tak dipersoalkan keperluannya, hanya menadah dan menelan..stadi bagi nk mampos nk score dalam exam...
berbeza plak dengan rakan-rakan kiteorg yang studied teknologi kejuruteraan, they more on skilled, time cuti semester dieorang bertapa di bengkel-bengkel, tapi bile exam dieorang boleh score sebab katanya soalan dieorang lebih mudah dan ramai la yang berwajah-wajah anugerah dekan yang terhasil dari mereka-mereka ini.. mane lagi bes? aku suke golongan kedua tapi aku berada di golongan pertama.
masuk alam kerja.. ditempatkan di kolej yang mendambakan skilled dari pensyarah2 nya.. aku rasa sangat useless..huu... name ko pun Sijil Teknologi Pembinaan.. dah ade teknologi tu ape lagi, memang nak train skills la..aduyai.... aku ni dah la tak berapa berskilled...kerja-kerja ukur boleh tahan lagi, masuk tang paip, konkrit, kayu... design boleh la lagi nak temberang..tapi kalau dah hands on tu.. nak temberang celah mane la pulak...
aku ni patutnya jadi engineer di consultant firm. tak pon jadi lecturer di universiti..hehe... tapi dah laluan rezeki nye ke sini.. so apa lagi bukalah dada (secara bahasanya bukan betul2 eh..hehe) terimala segala2nya dengan hati yang terbuka... membiasakan diri, melihat peluang-peluang menambahkan skills...melihat masalah sebagai peluang membawa diri setapak maju ke hadapan..semoga segala-gala dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. ~amin~


last but not least... kontigen Kolej KOmuniti Jelebu yang beredar sebelum majlis karnival sukan tamat..hehe
congrate guys kerana mengeluarkan peluh dan keringat...tahun depan tambah medal lagik..=)

Monday, April 13, 2009

cukup wang hati tenang~

Salam blogger ..
Tadi ade orang buzz bertanyakan tentang blog aku yang tak di update lagi.. huu.. letih betul badan ni tapi kuatkan semangat jugak nak mengharung hari isnin yang very the 'blue' one..hehe..so amek kesempatan untuk hapdate blog..

apa kata aku share pasal aktiviti aku last weekend, yang sebenarnya aku nak share jugak dengan korang gambar2 aktiviti, tapi belum lagi berkesempatan membuatnya.. last weekend aku kene jagi pensyarah pengiring bawak student pergi ke melaka, ada karnival sukan kolej komuniti wilayah 4.. stay di melaka tropical fruit farm (MTFF).. aku orang melaka pun tak tau apa tempat tu bila mula2 diberitahu..haha.. kalau tak ada program ni memang tak tahu la aku..

bergerak jumaat pagi,drive sensorang ke melaka..sampai di MTFF rehat and solat jap dah kene gerak ke mahkota parade sebab ada perlawanan bowling staf dan pelajar antara kolej komuniti.. nak dijadikan cerita aku pulak terpilih untuk mewakili kolej komuniti jelebu bersama 3 lagi pensyarah iaitu puan jalifa,cik fasli and cik fitri..huu.. you know wat? 6 frame tuh..!!~ start dalam around pukul 3 sehingga pukul 8 malam...fuh..lap peluh jap..hehe..

TERUK gila aku main, mungkin sebab tangan yang still sakit main bowling malam sebelum tournament..huhu...lari tune, tak dapat menyumbang seperti biasa.. Syukur geng yang lain still maintain POWER... dan part yang paling best ialah kiteorg merangkul pingat perak..kesian kan, kalau tangan aku ok memang konfem kiteorg EMAS punye..hehe.. dan puan jalifa kita memenangi emas kategori individu..bangga rasanya=).. sampai di MTFF dah pukul 10, mandi2 and Zzzzzz...

pepagi sabtu dah kene bangun, 7 o clock dah kene gerak ke uitm lendu, bawak student g karnival sukan.. apa lagi me merangkan kulit la, berjemur di padang.. huhu.. karnival berakhir hampir ke jam 7 malam kot.. keputusannya walaupun tak memberansangkan namun tak
de lah corot..hehe.. congrates guys kerana berusaha demi nama kolej komuniti jelebu...

berakhir sahaja karnival aku memecut balik rumah emak, hujan punyalah lebat, alhamdulillah sampai rumah dengan selamat...ahad lepas asar baru gerak balik ke jelebu..hujan lebat jugak..huuu..aku SANGAT penat.. tapi aku gagahi diri jugak... sampai uma jelebu kene mengemas pulak ..adeh .. arini balik kerja ni aku nak tido awal, qadha' tdo..=)

words from my new book.. "cukup wang hati tenang" by Hajah Rohani..
jika kita kejar dunia..
selamanya kita jadi hambanya..
jika kita kejar akhirat..
dunia akan berada di telapak kaki kita..
will share more from this book to you soon..**

Sunday, April 5, 2009

my weekend~

salam blogger



Arini isnin..mengikut cerita di meja kopi, hari isnin adalah hari yang kurang bersemangat untuk kerja.. mcm gear 1 br masuk, tekan minyak banyak mana pun bukannya pergi jauh.. huh..begitu la aku arini..tapi aku berazam untuk tidak membiarkan persekitaran mempengaruhi aku... motivated my self..!~



Actually semalam baru balik dari desun eco resort,bentong mengiring pelajar menghadiri kem.. alhamdulillah tidak ada apa-apa yang terlalu serius berlaku..semua dapat pulang dengan selamat.. walaupun badan aku masih sakit-sakit lagi nih.. aku kuatkan juga mengenangkan tanggungjawab yang perlu digalas.. semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab yang dipikul..fuh.. program yang dianjurkan bukan setakat membuka mata pelajar malah aku sebagai pensyarah pengiring..alhamdulillah aku menjadi insan yang dipilih oleh Allah bertemu dengan program yang banyak memberi kesedaran.



Dekat sini aku kongsikan tips yang sedikit sebanyak membantu kehidupan seharian kita sebagai manusia yang tak lekang dengan dugaan. antaranya ilah 3 tips untuk menjadikan hidup anda tenang:


  1. Jangan membuat sesuatu perkara itu dalam keadan tergopoh gapah

  2. Tidak perlu memikirkan perkara yang sudah lepas, fikir dan pandang ke hadapan

  3. Jangan memikirkan idea-idea atau ingin melakukan sesuatu yang tidak logik. seperti ingin cat langit..

fahami dan hayatinya....

Wednesday, April 1, 2009

alam bekerja saya

Salam blogger..
Seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain, saya memulakan alam pekerjaan saya pada 30 mac 2009.. tanggapan pertama saya terhadap kolej pada 24 mac adalah positif cume bukit tangga je menjadi kerisauan..so far semuanya ok..
Hari ini dah masuk hari ke empat bekerja.. perkara menyakitkan telinga mula melanda.. merah juga mata menahan geram(malas nak cerita,saya cuma berazam tidak mahu menjadi sepertinya sahaja~unprofessional).. budak baru kenela respect org lame walaupun kadang-kadang tu tidak berape logik seperti yang berlaku pada al-hussaini ...hendak buat macamane lagi..auto pilot la ape lagi buat kata xeaa.. rumah sewa pon menjadi isu jugak ni.. huu
Dulu sewaktu kecil,apabila tengok orang dewasa..rasa tak sabar nak jadi dewasa.. Tapi bila dah jadi dewasa ni rasa nak jadi baby je..hehe..manusia ni selalu tak nak bersyukur..astaghfirullah.. so on kan auto pilot sambil mencari hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. perkataan "matang" mula saya fahami dengan baik.. setiap hari saya perlu meletakkan diri saya seperti bebola air yang berada dalam keadaan seimbang untuk membolehkan ketepatan dalam kerja-kerja binaan.. (ayat bdk awam)..hehe.. so baru hidup akan sentiasa berada dalam gelombang baik..baru hidup rasa tenang dan damai..
banyak lagi perkara yang pending uat masa ni.. so got to go.. semoge ALLAH permudahkan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang mula berkhidmat..menjadikan baik sebagai contoh dan yang buruk sebagai sempadan... daa..