Wednesday, March 9, 2011

Pakdi kata...

Aku suka ilmu tentang mengurus kewangan sebab kewangan aku memang perlu dirawat sejak dulu lagi..haha.. salah satu blog yang aku suka lepak ialah pakdi.net .. tag line memang cun " Hanya Untuk Yang Mahu Celik Wang"..
Hidup ni memang tak boleh lari dari hutang, oleh itu hutang juga kene dirancang, pelik kan, tapi memang aku akui supaya hati aku boleh senang lenang.
Hidup ini juga perlu ade kefokuskan kepada sesuatu matlamat tak kira pendek atau panjang, baru la cam ade makna ckit,kang mcm biskut kering bergerak lak.. so arini fokus untuk tenangkan jiwa dengan pengurusan hutang.. 
pakdi cite 5 mende, tapi 2 out of 5 yang aku rase aku perlu perhatikan kerna ia sangat berkait rapat for the mean time untuk diambil kira..pakdi marah ke aku kopi ek.. insyaAllah tak kot..hihi.. ilmu perlu dikongsi ye tak?sharing is caring..
kat bawah ni 2 mende tersebut, sila beri perhatian ye Syahida sayang..

Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.
Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.
Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.


Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

No comments:

Post a Comment