Thursday, March 1, 2012

Didikan jiwa

Assalamualaikum

Harini jumaat, penghulu segala hari.. Hari yang penuh barakah, hari dianjurkan banyak2 berselawat, berdoa byk2, membaca surah al-kahfi.. MasyaAllah, Anugerahkanku, keluargaku dan sahabat2ku rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah.

Pagi jumaat ni sesi di dewan syarahan, sarat dengan perkongsian ilmu. Bermula dengan penghargaan dari pengarah kemudian penilaian terbaru iaitu PROSPEK SPP, ouh semakin mencabar & pening! hehe... kemudian ustaz kamel dengan perkongsian ilmu tentang integriti dalam pekerjaan menurut perspektif islam. banyak kisah2 yang dikongsi mengenai integriti. Ape pon kesimpulannya, buatla sesuatu dengan ikhlas dan terbaik tanpa mengharap balasan. ikhlas tu adalah sesuatu perkara yang baik dilakukan tanpa berfkir terlalu panjang. Hidup dengan memberi adalah nikmat yang sukar untuk diterjemahkan. Bekerja lah dengan sepenuh hati dan memberi yang terbaik..!!

Lepas tu ada perkongsian mengenai kesedaran terhadap kebakaran. baru aku sedar betapa pentingnya ilmu menghadapi kebakaran. perlunya ada 3 alat di rumah iaitu 1) fire extinguisher yang kecil, satu letak di dining, satu di bilik tidur (rm300x2) 2) smoke detector yang pakai bateri (rm200++) 3) mask muke (penting ni untuk menghadapi asap kebakaran-rm200++).. rupe-rupenye asap kebakaran lagi bahaya berbanding api, kepanasannya sangat tinggi, using pasir & blanket when get burn xbagus kerana akan melucutkan kulit2 yang melecur..huhuukk, alternatifnya adalah dengan menutup muka dan berguling2 di lantai. lagi satu if ade asap kebakaran, tutup pintu dan segala celah yang ada dan buka air yang ada di rumah kemudian wat panggilan kecemasan.. 999 untuk talian biasa, 112 untuk tel bimbit. ape pon marilah kite berdoa agar dijauhkan oleh Allah dari segala mara bahaya dan petaka, amin ya rabbalalamin.

Thank you Allah for the knowledge.. Allah is great..!!
Pastu thank you sangat2 lagi kepada Mu Ya Rabb dengan ilmu dari web blog ini; Encik Zulkifli .. happy reading and gain the knowledge..love it..!!~

Sekian.. Assalamualaikum ..


No comments:

Post a Comment